untitled

SEDIKIT PERIBADI



DI SUATU period di dalam hidup ini, saya biasa mengendalikan pelbagai sesi kaunseling dan terapi kumpulan samada ketika bertugas sebagai fasilitator di Biro Tatanegara JPM, mahupun sebagai Pengurus Latihan di pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Anda yang sudah biasa dengan sesi-sesi dinamika kumpulan tentu tidak berasa pelik dengan keterbukaan saya mengenai diri ini kerana sikap keterbukaan sebegini memang dilatih dan digalakkan.

Justeru itu, ia bukannya untuk mengaku-akukan itu dan mengaku-akukan ini tetapi agar anda pula selesa mengenalpasti dan menyanjung potensi diri.

"Di antara keberanian yang ditakuti ialah keberanian berdepan dengan diri sendiri." ~ eymanhykal

LATARBELAKANG EYMAN HYKAL



EYMAN HYKAL
dilahirkan di Mersing, Johor pada tahun 1957. Setelah menamatkan pelajaran sekolah di Sekolah Menengah Sri Mersing, beliau melanjutkan pelajaran di ITM (kini UiTM) dalam bidang Senireka Perusahaan.

Allahyarham bapanya berketurunan Bugis sementara ibunya pula adalah berketurunan Laksamana Bentan. Beliau sendiri adalah dari generasi kesembilan. Moyangnya pula adalah Pak Lomak, orang yang mempopularkan ghazal di Johor. Kerana itulah beliau meminati apa sahaja bidang kesenian seperti muzik, drama, teater, lukisan dan tentu sekali penulisan.


KERJAYA

KERJAYA. Mempunyai latarbelakang kerjaya yang berwarna-warni, Eyman pernah bertugas dalam NGO, Jabatan Kerajaan, swasta dan juga pernah berniaga sendiri. Kerjaya awalnya bermula di Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung sebagai Setiausaha Kerja.

Kemudiannya beliau bertugas di dalam kerajaan sebagai Jurulatih dan Pegawai Latihan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam sektor swasta, Eyman Hykal pernah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Pengurus Projek, Pengurus Latihan, Pengurus Pemasaran dan juga Pengurus Sumber Manusia. Tugas-tugas tersebut dijawatnya dalam pelbagai syarikat seperti IPTS, Syarikat Perunding, Periklanan dan Penerbitan. Beliau pernah menceburi bidang perniagaan sutera saring.


HOBI

HOBI. Hobi utama beliau ialah membaca. Eyman mengamalkan tabiat membaca sebuah buku sebulan. Beliau membaca apa jua bahan terutamanya psikologi, agama, perniagaan, falsafah, pengiklanan, pemasaran, komik dan tentunya novel. Untuk buku yang baik, Eyman akan mengulang bacanya lebih dati sekali. Buku pemasaran ~ Positioning: Battle for the Mind misalnya, sudah diulangbaca sehingga 7 kali.

PENULISAN. Dalam bidang penulisan, DEKAT DI HATI (2005) adalah novel pertamanya diikuti dengan KE MANA HATIMU (2006).  Kini beliau adalah Pengurus Besar Alaf 21, sebuah syarikat penerbitan novel yang terkenal di Malaysia.
 
 


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Allwebco Web Templates · Build your own toolbar · Accept Credit Cards · Audio, Fonts, Clipart
powered by a free webtools company bravenet.com