|
|
28.8.08

29 KALA BERTEMU
Pusat Perubatan Damansara One, Petaling Jaya
DINA terjaga. Suasana hening. Dia memandang ke sekeliling. Fikirannya segera mengatakan yang dia kini berada di wad untuk berehat bagi memulihkan trauma kerana hampir menjadi mangsa ragut.
Perutnya terasa lapar. Faryna memandang ke meja di sisi katilnya. Ada sepiring buah-buahan. Faryna mengambil sebiji buah lai dan memotongnya. Hanya dua hiris sahaja disuap ke mulutnya. Baki buah dan pisau pemotong diletakkan kembali ke piring. Setelah meneguk air mineral, Faryna menarik kembali selimutnya.
Ada segaris cahaya lampu jalan yang menyirami biliknya melalui celah-celah langsir yang sedikit terenggang. Keadaan begitu dingin. Faryna meraba-raba di sekitarnya. Mencari alat kawalan jauh untuk memperlahankan alat penghawa dingin. Namun dia tak menemuinya.
Dia menolak selimut. Niat di hati ingin bangun mencari alat kawalan jauh itu. Hatinya kecut bila tiba-tiba wajah-wajah peragut yang cuba merampas wangnya muncul di layar mindanya. Dadanya berombak. Bulu tengkuknya berdiri. Mengingatkan itu, Faryna tak jadi bangkit.
Sebaliknya dia menarik selimut hingga menutupi seluruh tubuhnya. Beberapa ketika dia begitu. Namun, bila teringatkan keradaannya yang terbujur seperti mayat, dia menolak selimut kerana tak mahu mati lagi. Hanya kepalanya terjojol dari selimut. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu. Matanya terkebil-kebil. Dia cuba mengecam bunyi apakah itu. Terdengar bunyi tapak kaki menghampiri bilik wadnya...
Fragmen seterusnya...
"Peluang tak pernah datang sekali.
Ia datang berkali-kali."
~ eymanhykal
Mempercayai bahawa peluang tak datang sekali
akan membuatkan seseorang itu lebih relaks dan tidak gopoh
dalam membuat keputusan meskipun ada peluang besar.
DEKAT DI HATI (2005). Kisah Johan yang kembali kepada keluarga setelah 17 tahun meninggalkannya. Konflik terjadi bila kedua-dua anaknya, Izuddin dan Izzati tidak boleh menerima kehadiran ayah mereka. Isterinya Noraini pula dalam dilema untuk menerima Johan apatah lagi kerana telah diceraikan melalui sepucuk surat. Sebuah kisah kekeluargaan.
KE MANA HATIMU (2006). Oleh kerana mengikut hati yang berbolak-balik di antara Nurul dan Ayu, akhirnya Izuddin memutuskan pertunangannya dengan Nurul. Bermulalah episod duka Nurul ditinggal tunang dan babak gelabah Izuddin bila dia sedar akan kesilapannya. Mengejar bekas tunang dan memenangi hatinya bukanlah mudah. Namun Izuddin terpaksa melaluinya dengan payah.
MEMBER FORUM
EYMANHYKAL
bravenet.com