untitled

FORUM EYMAN

SAYA membuka FORUM EYMANHYKAL kerana saya ingin berkongsi dengan anda yang berminat dengan dunia pemikiran.
Selain daripada fragmen-fragmen novel-novel terdahulu, saya juga memaparkan novel HATIKU DI HATIMU yang kini masih dalam proses penulisan.
Panduan penulisan melalui pengalaman dan bacaan juga saya hidangkan. Silalah kunjungi ruangan SOALJAWAB PENULISAN dan kemukakan persoalan.
Bagi anda yang meminati kata-kata hikmat, layarilah kolum MADAH EYMAN untuk membaca dan berfikir apa yang dipapar.
Jangan lupa untuk mendaftar di forum saya bagi memeriahkannya!

NOVEL KETIGA: HATIKU DI HATIMU

MADAH EYMAN


Orang baik yang jahat ialah
orang yang mengatakan yang dia
lebih baik dari lain-lain orang
yang baik!
~ Eyman Hykal


Rahsia kejayaan di dunia adalah bangun pagi.
Rahsia kejayaan akhirat ialah bangun malam!

~ Eyman Hykal



You are WHAT YOU EAT...
you are also WHAT YOU READ!


~ Eyman Hykal
 

Novelis adalah seorang pembohong besar
yang amat disukai.
 
~ Eyman Hykal

LAGI...



SOAL JAWAB PENULISAN


PERANAN NARATIF DAN DIALOG

Topik ini adalah soalan violet@summer (http://violet-azure.blogspot.com).
Begini soalannya...


Salam Eyman,

Tidak dapat dinafikan yg saya banyak menggunakan teknik berdialog. Bagi pendapat saya, sebuah cerita akan hebat kalau mempunyai dialog yg hebat dan kuat. Tetapi terdengar juga pelbagai komen yang menyatakn tidak perlu banyak dialog. Kalau boleh dinaratif, naratifkan sahaja. Pendapat Eyman sendiri, bagaimana?


Naratif dan dialog mempunyai peranan masing-masing untuk mengerakkan cerita. Naratif mempunyai tiga fungsi. Pertama, menggambarkan latar masa dan tempat. Kedua, untuk mendiskripsikan watak. Ketiga, untuk melakar perasaan watak.

Saya gemar menggunakan naratif untuk melakarkan alam di pembukaan bab. Suasana siang atau malam (latar masa) dan keadaan di sesuatu lokasi (latar tempat) saya gambarkan di sini. Pada bahagian inilah saya bereksperimen dengan bahasa sastera yang sedikit berbunga. Banyak pemerhatian peribadi saya terhadap kejadian alam saya ditumpahkan di sini.

Saya juga diskripsikan watak melalui cara naratif. Biasanya bagi memperkenalkan watak secara fizikal. Wajahnya, lesung pipitnya, cara berjalannya, busananya saya lakarkan. Biasanya diskripsi yang detail ini adalah untuk watak-watak utama atau unik. Saya teringat watak unik Barati dalam novel ketiga saya. Saya gambarkan dia bersinglet tetapi ketiaknya nampak memutih kerana disapu bedak! (Manusia sebenar pernah saya bertembung dalam LRT!)

Naratif juga saya gunakan untuk menggambarkan body language dan peribadi watak agar pembaca dapat melihat reaksi sesuatu watak. Duduk memanggung kepala, dahi berkerut, menggigit ais hingga berkeretup bunyinya, mulut terhembus-hembus bila memamah pisang goreng panas adalah aksi untuk menghidupkan watak. Dan aksi-aksi itu adalah untuk mencuit hati pembaca kerana mereka sendiri pernah melakukan perkara sedemikian.

Ada ketikanya saya gunakan naratif untuk menggambarkan intra-feeling watak. Pergolakan jiwa, dilema, ketakutan, kegembiraan dilakarkan dengan cara ini. Tetapi sedikit-sedikit sahaja kerana saya tak gemar. Kalau saya nak gambarkan kekusutan fikiran watak, saya tak akan menulis berpara-para mendiskripsikannya. Lebih baik saya gunakan aksi watak hantuk kepala ke dinding untuk menggambarkan kemelut hatinya. Pembaca akan lekas faham yang watak itu sedang bingung dan melakukan tindakan yang bengong! (Hehe!)

Dialog pula memberi kesan suasana here and now. Bila watak bercakap, watak-watak yang digambarkan itu hidup. Ia melajukan bacaan kerana pembaca akan dapat 'mendengar suara' watak-watak yang berinteraksi.

Bagi saya, naratif bertujuan untuk memperlahankan bacaan dan dialog pula sebaliknya. Sebab itulah naratif yang saya gunakan lazimnya menggunakan ayat-ayat yang panjang untuk merehatkan pembaca. Sebaliknya dialog yang saya gunakan agak pendek-pendek untuk mempercepatkan bacaan. Dialog yang panjang itulah yang dikatakan sebagai 'khutbah.'

Kesimpulannya, naratif dan dialog biarlah seimbang. Kalau boleh, bila pembaca membentang dua halaman di depan mata, dia dapat melihat naratif dan dialog. Jika dia lihat naratif semata-mata, besar kemungkinan dia akan melangkau-langkau bacaan kerana bila kita bernaratif, halaman-halaman akan penuh dengan tulisan. Dan, pembaca akan letih mendengar suara penulis bercerita. Ini kurang menyeronokkan. Kalau boleh, penulis jangan selalu sangat enter frame! (Hehe, lagi!)

Sebaliknya jika dua halaman yang dipandang itu penuh dengan dialog, pembaca akan letih seperti menonton satu siri komedi yang mana watak-wataknya bertingkah kata tanpa henti kecuali bila muncul iklan!

Keseimbangan naratif dan dialog juga akan mencantikkan rekaletak halaman. Ruang-ruang putih di kertas di bahagian dialog akan merehatkan mata. Demikianlah pendapat saya.

LAGI...
 
 


Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Allwebco Web Templates · Build your own toolbar · Accept Credit Cards · Audio, Fonts, Clipart
powered by a free webtools company bravenet.com