|
|
16.8.09

ALHAMDULILAH. Baru-baru ini saya berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam majlis sebuah parti politik. Bacaan dan terjemahan surah Al-Hujraat, benar-benar berkesan di hati kerana ia memperingatkan saya mengenai pelbagai polemik, konflik, krisis dan kritik yang sudah menjelma menjadi kata mengata, maki hamun malah fitnah memfitnah sesama kita. Surah ini seharusnya menjadi renungan pelbagai pihak di kalangan orang politik, orang persatuan, orang surau, malah orang di pejabat-pejabat.
Renungkanlah:
Ayat 6:
PENTINGNYA MENYELIDIK
SESUATU BERITA, CERITA & GOSSIP
WAHAI orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ayat 10:
MENDAMAIKAN PIHAK YANG BERSENGKETA,
BUKAN MENGAPI-APIKAN
SEBENARNYA orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Ayat 11:
LARANGAN MENINGGI DIRI
DAN MENGATA ORANG LAIN
WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat 12:
LARANGAN BERPRASANGKA
DAN MENCARI SALAH ORANG
WAHAI orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
SESUNGGUHNYA pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.
Hadis Rasulullah:
“Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati”.
Bila hati sendiri tidak terjaga,
bagaimana hendak menjaga hati orang lain?
"Baby...
buat apa-apa pun orang tak marah,
tak buat apa-apa pun lagi orang tak marah."
~ Nur Nasyrah Nordin ~
.
DEKAT DI HATI (2005). Kisah Johan yang kembali kepada keluarga setelah 17 tahun meninggalkannya. Konflik terjadi bila kedua-dua anaknya, Izuddin dan Izzati tidak boleh menerima kehadiran ayah mereka. Isterinya Noraini pula dalam dilema untuk menerima Johan apatah lagi kerana telah diceraikan melalui sepucuk surat. Sebuah kisah kekeluargaan.
KE MANA HATIMU (2006). Oleh kerana mengikut hati yang berbolak-balik di antara Nurul dan Ayu, akhirnya Izuddin memutuskan pertunangannya dengan Nurul. Bermulalah episod duka Nurul ditinggal tunang dan babak gelabah Izuddin bila dia sedar akan kesilapannya. Mengejar bekas tunang dan memenangi hatinya bukanlah mudah. Namun Izuddin terpaksa melaluinya dengan payah.

MENITI MAUT (2009). Mengisahkan bagaimana pihak zionis cuba menghancurkan ekonomi Malaysia. Penyusupan anggota mereka dapat dihidu Biro Risikan Negara. Fariz Zafar, ejen perisikan ditugaskan untuk menghalang tindakan salah seorang anggota zionis yang telah memulakan rancangannya. Sebuah novel aksi yang turut diminati Ramlee Awang Murshid!
MEMBER FORUM
EYMANHYKAL
bravenet.com